Welcome to our book review site www.go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Cinta Seorang Kekasih
  • Language: en
  • Pages: 512

Cinta Seorang Kekasih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa. Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh. Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?

Kuserahkan Kasih
  • Language: en
  • Pages: 448

Kuserahkan Kasih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Alaf 21

BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Ke rana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang. Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya... Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

Cinta 365 hari
  • Language: en
  • Pages: 512

Cinta 365 hari

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA! Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan. Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

THE PROMISE
  • Language: en
  • Pages: 240

THE PROMISE

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Alaf 21

ADAM set his alarm clock the night before and due to the habit, he repeatedly hit the snooze button of his alarm clock until fi nally got up at roughly 6 am. He went straight to the toilet adjacent to his room to freshen up. He combed his short straight hair. Adam looked in the mirror in his bathroom and saw a reflection of himself, a handsome fi gure with a pair of soft black eyes and smart lips. Standing tall at six feet, he was well-built for his age. He lived with his parents and a sister in a two-storey suburban house, which belonged to his parents. His pa rents were middle-aged and healthy for people of that age. The house had a large living room, which accommodated two sofa sets with a coffee table in between.

Bayangan Gurauan
  • Language: en
  • Pages: 505

Bayangan Gurauan

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

IRISH QIARA,zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula. TENGKU HARRYS DAMIEN,hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian. Pertemuan antara merek...

SPICES OF LIFE RECIPES & REMEDIES
  • Language: en
  • Pages: 256

SPICES OF LIFE RECIPES & REMEDIES

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Mengandungi maklumat menarik tentang herba dan rempah-ratus di negara ASEAN seperti Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Juga mengandungi resipi-resipi berasaskan herba dan rempah-ratus.

Kau Cipta Kasih
  • Language: en
  • Pages: 416

Kau Cipta Kasih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah. Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya. Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Exhibitors' Directory
  • Language: en
  • Pages: 140

Exhibitors' Directory

None

Kekal abadi
  • Language: en
  • Pages: 76

Kekal abadi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2003
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Dakwah gerakan Islam alaf baru
  • Language: ms
  • Pages: 264

Dakwah gerakan Islam alaf baru

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2000
  • -
  • Publisher: Unknown

Da'wah, Islamic prepogation in Malaysia.