Welcome to our book review site www.go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Ruang Rindu
  • Language: en
  • Pages: 520

Ruang Rindu

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

Cinta Tiga Suku
  • Language: en
  • Pages: 528

Cinta Tiga Suku

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Diriku Usah Dicari
  • Language: en
  • Pages: 432

Diriku Usah Dicari

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!” Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya. “Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”

Sindiket II
  • Language: ms

Sindiket II

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2024
  • -
  • Publisher: Unknown

"Ini kisah Syukur, lelaki tua dengan sejarah hitam yang mahu dilupakan. Dia memencilkan diri di sebuah kampung. Hidupnya serba daif, namun dia bahagia."--Publisher's website.

Legasi Pejuang
  • Language: en
  • Pages: 585

Legasi Pejuang

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk. Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan. Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru. Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan

Boletín oficial de la República Argentina
  • Language: es
  • Pages: 428

Boletín oficial de la República Argentina

  • Type: Book
  • -
  • Published: 1981-07-06
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Sindiket
  • Language: ms
  • Pages: 501

Sindiket

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Perhitungan
  • Language: en
  • Pages: 424

Perhitungan

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Hirzan Abu... anak kampung yang terusir dari tanah tumpah darahnya sendiri angkara rancangan jahat abang dan kakak tirinya. Dia membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mengubah hidupnya. Akibat terpedaya, akhirnya dia terperangkap di tangan Syed Zainal, ketua pengedar dadah. Sebaik tersedar sudah tersasar jauh, dia mahu kembali ke pangkal jalan. Namun, itu bukan sesuatu yang mudah. Dia dipaksa menjadi keldai dadah dan akhirnya terpenjara di bumi Amerika. Hidup di penjara amat menyeksakan. Kerana satu kejadian, dia berjaya melepaskan diri. Pelariannya membawa dia ke Hong Kong. Di sana, dia menerima kejutan yang tidak disangka. Bersendirian menghadapi dua kumpulan kongsi gelap telah mengubah corak kehidupannya.

Rantai
  • Language: ms
  • Pages: 331

Rantai

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-02-07
  • -
  • Publisher: Buku Prima

SINOPSIS RANTAI BERNYAWA Azim seorang Pencuri Profesional! Tiada apa yang dapat menghalangnya. Bila dia sudah menetapkan sasarannya. Lukisan bernilai jutaan ringgit, berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. Tetapi kali ini Azim sudah tersilap langkah, dia tidak sepatutnya mengambil barang itu. Dia tidak menyangka kerana kesilapan yang kecil membawa natijah yang besar. Seorang demi seorang mati dalam keadaan yang misteri dan mengerikan. Kini dia tiada pilihan, dia terpaksa meminta pertolongan musuh yang memburunya untuk mencari pembunuh sebenar. Dia tidak sangka rantai yang dia curi dihuni syaitan yang kejam serta tidak harus dibangkitkan. Sya...

Leluhur
  • Language: ms

Leluhur

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023
  • -
  • Publisher: Unknown

"Kematian demi kematian. Mangsa dibunuh satu per satu dengan kejam. Tubuh mangsa dirobek, jantung, hati dan darah mangsa hilang."--Back cover.